12 February 2012

sedikit yang bermanfaat

assalamualaikum

setiap insan mempunyai impian untuk kecapi kebahgiaan ..
namun adakah kita mempunyai kuasa menentukan ia ..
adakalanya orang menilai erti bahgia itu dengan adanya harta benda sudah cukup melengkapkan kehidupannya ..
tidak bagi seorang muslim yang sentiasa mencari kesempurnaan hidup dengan menggapai keredhaanNYa ..

tika musibah melanda hati, pasti anda merasakan betapa peritnya kesulitan yang anda hadapi itu ..
tapi pernahkah anda berfikir sejenak, mungkin di luar sana masih ramai juga mengalami keperitan hidup ..
mungkin saja kesusahan itu lebih parah dari anda rasai saat itu ..
ujian yang mendatang kerana kasihNYa agar iman kita meningkat ..
terhapusnya dosa menjadikan hati kita semakin dekat dan jiwa lebih akrab denganNYa ..
sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak perkara yang melalaikan .. Dia rindu pada kita suatu masa dahulu, yang sentiasa meminta dan mengadu padaNYa .. bersyukur padaNYa kerana kita masih mempunyai kesempatan untuk kembali padaNYa .. sentiasalah bersangka baik denganNYa ..


"seorang muslim ketika ditimpa musibah, hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberikan padanya pasti ada hikmah yang besar untuk dirinya ..
walaupun fizikalnya mungkin lelah.. fikirannya mungkin penat.. tapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila ia diuji olehNYa.. itu tandanya bahawa Allah masih sayang padanya.."

19 Rabiulawal 1433H
wassalam

No comments: