seribu satu kenangan dan ibrah bisa ku peroleh dari sebuah program yang sangat memberi kesan di hati ku
mukhayyam a.k.a camping yang pertama kali saya hadiri selepas sekian lama aku tak bermukhayyam..
last camping pun time zaman kanak-kanak dulu.
rasa best sangat dapat jumpa teman2 dan akak2 faci yang sempoi2..korang semua memang OSEM!!
program yang membawa ku menyingkap kembali kisah nabi terulung, Nabi Muhammad SAW..
bermula la al-kisah hanan bersama teman2nya..*hehe*
explorace |
interview |
perjuangan bermula dengan explorasi jejak sirah selama 12 jam tanpa henti mengelilingi kuala lumpur
pelbagai task kami harungi bersama tanpa mengenal erti penat dan lelah.. mengajar kami betapa peritnya hijrah dan perjuangan dakwah yang dipikul baginda dan para sahabat..
task interview orang muslim dan non muslim.. membuka mata dan minda kami melihat sejauh mana kita mengenali diri Rasulullah SAW, andai sejarah hidup baginda tiada di hati..
cukup mengharukan kami ternyata betapa kecilnya nabi di mata masyarakat sekarang,
adakah kita benar2 mencintai Rasulullah SAW.. sedangkan baginda amat mencintai ummatnya..*sobs*
persembahan jalanan |
mari2 orang kampung dengar sini |
kesabaran dan keberanian kami turut diuji di check point Masjid Jamek.. di mana kami dikerah mem'promosi'kan Rasulullah SAW di khalayak ramai.. namun, di kala keseronokan dakwah dirasai
kami diserang dan dipandang serong oleh beberapa pihak
namun tak setanding kisah nabi yang berhadapan dengan penduduk di Thoif.. baginda dicaci dan dihalau oleh ummatnya sendiri
ketahanan fizikal dan mental kami tidak berhenti begitu sahaja,
kami meneruskan perjuangan hingga ke destinasi yang dituju sehingga larut petang..
at last........ |
subhanaAllah |
mentari terik menyinari pagi, hari berganti hari.. meneruskan perjuangan yang terhenti seketika..
kali ni kami berhijrah ke Kem the Woods Resort, Ulu Yam
ketenangan mula menyelubungi hati tatkala melihat keindahan ciptaanNYa yang indah dan permai
aktiviti jelajah hutan rimba membawa diriku di satu sudut yang cukup mententeramkan jiwaku..air sungai jernih mengalir tenang setenang hati2 yang selalu mendambakan cintaNYa
malam mula berlabuh, namun kami tetap berdiri teguh melaksanakan arahanNya
jelajah rimba |
memasak..hmm, |
halwa telinga di pagi hari |
pelbagai aktiviti menarik kami lalui bersama..
semangat membara ketika menyusuri perjalanan memperingati kami kembali sirah baginda..saat mendaki bukit, kami merasakan begitu sukarnya perjuangan nabi dan para sahabat dalam menentang musuh pada zaman jahiliyyah dahulu..dan kini kita adalah hamba2 yang terpilih olehNYa untuk meneruskan perjuangan yang tiada henti ini agar Islam kembali dijulang dan sentiasa menyinari di hati ummah hari ini..
salam bertaut bersulamkan rindu tatkala perpisahan datang menjengah.. kan ku semai kenangan ini teman dalam hatiku.. syukur ke hadratNYa kerna menjadi insan yang paling istimewa terpilih untuk menyertai program ini
ku harap segala ibrah yang diperoleh sepanjang kita bersama
kan sentiasa terpahat di hati kita, membawa cinta kita kepada kekasihNYa.. malah menambat rindu kita untuk bertemu baginda di akhirat kelak..insyaAllah
YOQ12 TERBAEK!! |
*actually, banyak lagi kisah nak dicoretkan di sini namun biarlah gambar2 ini menceritakan tentang kami yang osem..hehe..
sebelum tido, moh kita sama2 selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam :)
1 Rabiulawal 1433H
wassalam..
-ni semua post2 bulan jan, sowie for delay-
2 comments:
ehe? kenapakah macam kenaaal je orang dlm tu? haha
selamat kembali belajar lepas ni :)
belajar engin, dan belajar utk hidup
hmm, sapekah??
credit tuk awak juga..hehe
oke, thanx..u to0..wndu nk jmpe
insyaAllah, we can do it..
we're da best ummah, right?? :)
Post a Comment