Showing posts with label h0lidey =). Show all posts
Showing posts with label h0lidey =). Show all posts

17 June 2013

pembunuh bersiri

Bismillahirahmanirahim..

Masa lapang adalah ujian buat kita semua. Samada ia membuatkan kita lebih dekat dengan Allah atau menjauhkan diri kita dengan Allah. Pilihan itu terletak pada diri kita.

Sesungguhnya perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah masa lapang, jika tidak diisi dengan perkara berfaedah. Nabi telah pun berpesan kepada kita:


اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك و صحتك قبل سقمك و فراغك قبل شغلك و شبابك قبل هرمك و غناك قبل فقرك
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu”

Menjadi tabiat manusia suka untuk bersenang-lenang dan berjimba, di sinilah bermulanya ujian yang harus kita hadapi. Kita perlu memaksa diri untuk keluar dari comfort zone ini. Kita mudah terhanyut dari arus yg sebenar kerana tabiat iman itu sendiri yazid wa yanqus (bertambah & berkurang). Jika kita terlalai dengan hiburan dunia, jangan biarkan dirimu terus hanyut tetapi upayakan diri untuk berenang ke muara. Susun semula step2 untuk mengisi masa ke arah kebaikan dan selalulah bermuhasabah.
Eratkan hubungan dengan Allah kerana Dia lah yg mengawal hati2 manusia & padaNya kita mohon kekuatan dan pertolongan. Prihatin dengan kesusahan orang lain supaya kita tertolak untuk berusaha memperbaiki diri. Dan sedarlah setiap bala dan kehinaan yang menimpa umat Islam pada hari ini adalah hasil tuaian perbuatan kita sendiri walaupun bukan kita yang menjadi mangsanya
Adakah kita cukup bersedia untuk menjawab soalan Allah SWT dalam hadis Nabi…“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

8 Syaaban 1434H
Wassalam..

*5bulan dah berlalu, lamanya xupdate blog ni

14 June 2012

sy wndu awk ^_^

dah nak dekat 2 bulan, saya tak jenguk awak ..
lame benor rase ye saya tak tatap muka awak ..
saya rindu sangat2 nak borak2 dengan awak ..
saya minta maaf na ..
lepas ni, saya tak nak letak janji ..
janji yang saya kan jumpa awak selalu , seminggu sekali ..
takot awak kecewa lagi ..
tapi kan awak, saya harap awak faham saya ..
sepanjang sem lepas , saya tak ada masa nak lepak dengan awak ..
dapat pun sekejap je pastu blah macam tu je.. sowie



hope kita kan jadi sahabat selama2 ye ae nanti ..
saya janji tak kan tinggalkan awak.. janji!! :)

*melepas wndu kat blog ni key..jgn pkir bkn2..hehe

25 January 2012

YOQ 12 terbaek!!

assalamualaikum..

seribu satu kenangan dan ibrah bisa ku peroleh dari sebuah program yang sangat memberi kesan di hati ku
mukhayyam a.k.a camping yang pertama kali saya hadiri selepas sekian lama aku tak bermukhayyam..
last camping pun time zaman kanak-kanak dulu.
rasa best sangat dapat jumpa teman2 dan akak2 faci yang sempoi2..korang semua memang OSEM!!
program yang membawa ku menyingkap kembali kisah nabi terulung, Nabi Muhammad SAW..
bermula la al-kisah hanan bersama teman2nya..*hehe*

explorace

interview

perjuangan bermula dengan explorasi jejak sirah selama 12 jam tanpa henti mengelilingi kuala lumpur
pelbagai task kami harungi bersama tanpa mengenal erti penat dan lelah.. mengajar kami betapa peritnya hijrah dan perjuangan dakwah yang dipikul baginda dan para sahabat..
task interview orang muslim dan non muslim.. membuka mata dan minda kami melihat sejauh mana kita mengenali diri Rasulullah SAW, andai sejarah hidup baginda tiada di hati..
cukup mengharukan kami ternyata betapa kecilnya nabi di mata masyarakat sekarang,
adakah kita benar2 mencintai Rasulullah SAW.. sedangkan baginda amat mencintai ummatnya..*sobs*

persembahan jalanan

mari2 orang kampung dengar sini

kesabaran dan keberanian kami turut diuji di check point Masjid Jamek.. di mana kami dikerah mem'promosi'kan Rasulullah SAW di khalayak ramai.. namun, di kala keseronokan dakwah dirasai
kami diserang dan dipandang serong oleh beberapa pihak
namun tak setanding kisah nabi yang berhadapan dengan penduduk di Thoif.. baginda dicaci dan dihalau oleh ummatnya sendiri
ketahanan fizikal dan mental kami tidak berhenti begitu sahaja,
kami meneruskan perjuangan hingga ke destinasi yang dituju sehingga larut petang..

at last........

subhanaAllah

mentari terik menyinari pagi, hari berganti hari.. meneruskan perjuangan yang terhenti seketika..
kali ni kami berhijrah ke Kem the Woods Resort, Ulu Yam
ketenangan mula menyelubungi hati tatkala melihat keindahan ciptaanNYa yang indah dan permai
aktiviti jelajah hutan rimba membawa diriku di satu sudut yang cukup mententeramkan jiwaku..air sungai jernih mengalir tenang setenang hati2 yang selalu mendambakan cintaNYa
malam mula berlabuh, namun kami tetap berdiri teguh melaksanakan arahanNya

jelajah rimba

memasak..hmm,

halwa telinga di pagi hari

pelbagai aktiviti menarik kami lalui bersama..
semangat membara ketika menyusuri perjalanan memperingati kami kembali sirah baginda..saat mendaki bukit, kami merasakan begitu sukarnya perjuangan nabi dan para sahabat dalam menentang musuh pada zaman jahiliyyah dahulu..dan kini kita adalah hamba2 yang terpilih olehNYa untuk meneruskan perjuangan yang tiada henti ini agar Islam kembali dijulang dan sentiasa menyinari di hati ummah hari ini..

salam bertaut bersulamkan rindu tatkala perpisahan datang menjengah.. kan ku semai kenangan ini teman dalam hatiku.. syukur ke hadratNYa kerna menjadi insan yang paling istimewa terpilih untuk menyertai program ini
ku harap segala ibrah yang diperoleh sepanjang kita bersama
kan sentiasa terpahat di hati kita, membawa cinta kita kepada kekasihNYa.. malah menambat rindu kita untuk bertemu baginda di akhirat kelak..insyaAllah

YOQ12 TERBAEK!!

*actually, banyak lagi kisah nak dicoretkan di sini namun biarlah gambar2 ini menceritakan tentang kami yang osem..hehe..
sebelum tido, moh kita sama2 selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallahualaihiwassalam :)

1 Rabiulawal 1433H
wassalam..


-ni semua post2 bulan jan, sowie for delay-

08 November 2011

rindu


assalamualaikum..

sunyi..selubungi malam..
mengusik minda yang terlontar jauh..
masih hangat terasa
tangan yang membelai yang mengusik manja..
daku damba kasihmu..
biar jadi pedoman..
buat penyuluh jalan..ku gapai impian..

angin..kau nyanyikan lagu..
untuk permataku..tenang selalu..
bayu..sampaikan berita..
daku kini ceria..aman dan bahgia..
selimutkan rinduku bersama malam mu..

hadirlah, kau dalam mimpiku..
agar kau selalu..ada disisi ku..
rindu belaian kasihmu..rindu senyumanmu..
penawar lukaku..
dengarkan laguku..hadiah untukmu..
jasa dan baktimu ku kenang selamanya..

dikau lah cahaya..
bila malam menjelma..
kasihmu membawa ke syurga..
dan redha yang Esa..


i'm really miss them, UMI BABA!!

"ya Allah sampaikan salam sayang ku pada mereka
bahawa aku terlalu sayang dan rindu mereka..
peliharalah mereka walau dimana sahaja mereka berada..
permudahkan urusan mereka, lapangkan hati mereka untuk menemui Mu.."

mashaAllah, lama sangat dah tak blogging nie..rasenye lepas umi baba pergi haji, sebulan lepas terus takde mood nk berblog ni..lagipun, semester ni totally packed dengan segala macam agenda..kadang2 class weekdays pun sampai malam..so, memang tak sempat la nak berceloteh kat blog ni..dengan internet bilik yang slow macam siput memang tak dapat membantu la den nak post something..minta maaf lah teman2 yang sentiasa tinjau ke sini..*hehe*

terima kasih lah teman2 yang sentiasa menghiburkan hatiku dan menemaniku di saat ku jatuh dan bangun..moga Allah membalas segala kebaikan kalian..
wassalam :)

06 February 2011

"h0me sweet hom3 (n_n)

assalamualaikum~

alhamdulillah...!!! =D
akhirnya, dapat gak saya meluangkan masa dgn family yg tersayang..
kalau xbalik kampung, memang tak lengkap..
ini baru betoii2 cuti..

bertambah dah ahli keluarga tok wan aishah..
kelahiran si bayi comey keturunan anak mami..hehe
widdian sofrina..#sgt unik n indah#
maksudye, lembah kesuburan kami..


permata hatiku <3
what the wonderful weekend 
        having fun with them "my cousins"..hehehe


anak dara..ngee~

fuyoo0

hope these sweet moment remain in my heart~
L0ve Y0u All <3 <3

wassalam~