Showing posts with label innaAllah maana. Show all posts
Showing posts with label innaAllah maana. Show all posts

16 June 2012

mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis


"berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid membela tauhid


dipisah dia berkelana
dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
namun jiwa tetap mara memburu cinta
membara demi Allah dan RasulNYa


berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang resah silih berganti
inilah sunnah orang berjuang


malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat mencurah tenaga

berjuang memang pahit
kerna syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua jadi pilihan
dunia yang fana .... atau syurga.."

best tak lagu ni ??
bila difahami dan dihayati, sangat menyentuh jiwa yang gersang
hmm, setiap kali melayan lagu ini rasa sayu sahaja .. lagi2 time kita tengah ber'jihad' pena ..

mujahadah melawan nafsu bukan lah suatu perkara yang mudah
namun ia memerlukan jiwa yang kuat untuk menghadapinya
bayangkan berapa banyak nafsu yang bersarang dalam hati kita ini ???
nafsu makan, nafsu bola,nafsu harta dan pangkat, nafsu perempuan dan sebagainya ..
terlalu banyak sehingga akal tidak mampu membuat penilaian

kadang2 kemahuan kita bertentangan dengan kehendakNYa
apa yang kita mahu buat kurang menepati syariatNya
agak sukar buat diri kita untuk melakukan apa yang diwahyukan terhadap kita kan?
di sini kita memerlukan sedikit pengorbanan demi menjaga agamaNYa .. mungkin agak sukar pada mulanya tapi yakinlah dengan janji Dia yang pasti .. malah Dia Maha Bijaksana, mengurniakan akal fikiran untuk berfikir mana baik dan buruk
bila manusia bertindak menggunakan nafsu semata2, seolah2 tiada akhirat di hatinya
semua amalan yang dilakukannya hanya untuk bersuka ria memuaskan nafsu tanpa hala tuju yang sebenarnya

pahitnya mujahadah itu kerna ujian yang mendatang bertubi2 ..
menguji tahap keimanan kita terhadapNYa ..
sebenarnya.. Dia wndu kita berdoa dan merayu, memohon dengan sepenuh hati
hadapilah setiap langkah jihadmu itu dengan sabar ..
sabar dan yakin bahawa Dia sentiasa bersama kita
biarlah orang lain meminggirkan kita namun,
Dia tidak pernah sesekali meninggalkan kita, itu janji Dia yang pasti ..
terimalah segala dugaan yang menimpa dengan hati yang tenang dan lapang
yakinlah bahawa Dia akan memberi hadiah yang sangat lumayan di akhir perjuangan ini ....
iaitu nikmat syurga yang dinantikan oleh hamba2Nya yang beriman

siapakah dia bakal ahli2 syurga yang dimaksudkan ??
mereka itu adalah golongan yang beramal seperti ahli2 syurga
menyucikan hati dari segala noda .. tidak pernah lalai dari berzikir padaNYa .. masyaAllah
menyuruh pada kebaikan dan menjauhi segala kemungkaranNya
berkorban jiwa demi menegakkan panji2 Allah di muka bumi ini ..
itu lah dia para mujahid mujahidah yang dirindui dan disanjungi
ALLAHUAKBAR!!

wassalam :)
26 Rejab 1433H


*nak seribu daya, tak nak seribu dalih .. semua orang nak jadi baik .. tapi kena ada kemahuan dan iltizam yang kuat*

11 January 2012

welcome back

assalamualaikum..

alhamdulillah, final exam dah selesai..
secara tak langsung berakhir lah pengajian bagi
semester 1_2011/2012 ini..
hmm, baru nak naik 2nd year .. lambat benor masa berlalu kan..
hopefully, misi utama berjaya dengan izinNya ..
insyaAllah 4FLAT~
doaku agar segala berkat usaha dan tawakal
mendapat pulangan yang setimpal disisiNYa kelak
bukan sahaja mengharapkan keputusan yang terbaik
namun, keredhaaNYa yang ku dambakan selama ini..
telah aku persembahkan segala kesungguhan ku
agar aku bisa tergolong di kalangan hamba2 mu
yang beriman dan berjaya


Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak 
..Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu..

17 Safar 1433H
wassalam..

04 December 2011

hati menangis

assalamualaikum..


hati mesti sedih kan saat teman yang kita paling sayang buang kita jauh dalam certain isu ..
tapi itu tak memberi impak yang besar kerna kita sayang dia, mungkin jua dia nak more space to be alone, right??
saya pun kadang2 nak privacy dan pernah mengalaminya .. i'm understand u, dear ..

namun, pada satu saat dia meletakkan kita ke belakang .. terasa pedih dan sedih T-T
mungkin kita bukan kawan yang terbaik untuk memberi nasihat atau sentiasa ada pada saat2 genting ..
tapi awak tahu tak, saya selalu akan ada untuk awak ..
walaupun awak tak sedar .. doa saya selalu bersama dengan awak .. insyaAllah

rasa sedih cukup menyentuh kalbu, bila awak lebih percaya orang lain berbanding diriku ..
ku pasti bahawa awak tahu bahwa kisah silam ku ..
ku pernah mengharunginya dengan sukar dan pedih
namun awak still go on dengan hal awak itu ..
saya faham awak dah besar dan tahu apa yang terbaik untuk awak .. sokong awak tapi bila awak hampir jatuh, saya akan sambut .. tak nak awak jatuh tersungkur dan menyesal dengan apa yang dah berlaku nanti ..
saya hadir bukan untuk berperang dengan awak, just to remind u dear and i don't want u to get hurt..
because i don't want u feel what i have gone through before.. it hurt me worse and worse

teringat adeq tersayang nasihat saya dulu..
kadang-kadang ujian dalam diri yang kita tempuh, seakan-akan berperang dengan diri sendiri itu
adalah perkara yang kita sedang dakwahkan ..
amat pedih dan sukar untuk ditanganinya ..
mungkin Dia nak kita muhasabah diri semula
mengeratkan kembali hubungan dengan Sang Pencipta ..
ingatlah saat kamu berjuang di jalanNYa, Dia sentiasa mempermudahkan segalaNYa..

buat temanku, dengarlah rintihan ini..
ku sentiasa mendoakan kebahgiaanmu..
andai perpisahan bisa membuatkan dirimu bahgia..
ku redha dan pasrah dengan ketentuanNYa
hanya Dia yang bisa memberikan kebahgiaan itu, bukan diriku..

salam sayang,
8 muharram 1433H,
wassalam :)

20 November 2011

debaran kian terasa

assalamualaikum..

alhamdulillah, perjuangan ku hampir selesai buat masa ini ... namun, ada sesuatu yang membuat diriku berfikir sejenak ... mungkin saja sebab keputusan bakal ku terima minggu depan ... ntah, aku sentiasa berdoa agar apa yang bakal ku lalui ... adalah jawapan yang terbaik dari Dia ... ku harap apa yang telah aku usahakan selama ini ... mendapat ganjaran yang setimpal dengannya atau yang lebih baik,insyaAllah..

namun, apa pun yang ku terima dan hadapi selepas ini ... ku redha dan pasrah kerna apa ... kerna aku telah berserah padaNYa saat aku memulakan perjuangan ini ... setiap detik, setiap langkah aku dalam jihad ini
ku hanya mengharapkan keredhaanNYa ... walaupun ku harus berusaha hingga ke akhirnya ...


kadang kala lebih baik membiarkan KESEDIHAN bertandang andai itu yang dapat membawa pulang HATI kita padaNYa daripada KEGEMBIRAAN yang melarikan kita JAUH dariNYa ... mungkin kesedihan itu lah yang menjadi magnet yang MENDEKATKAN kita pada Allah ... dan mungkin kesedihan itu lah yang menjadi parut yang MENGINGATKAN kita bahawa Allah sentiasa ADA, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA..


cheer up my girl :)
wassalam..

24 September 2011

jika terpaksa membenci

assalamualaikum..

jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam...dan cuba maniskan wajahmu

jika terpaksa benci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala disudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya!!

jika terpaksa membenci..
(alangkah baik jika kalimah itu tiada..?)

dipetik dari
::Dimana Dia dihatiku??::


Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud :
"Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi IKHWAN Allah. Ikhwan bermakna 'sahabat'.

*tika ini aku tidak tahu apa yang ku rasakan...ya Allah, maafkan daku..*
wassalam :)

09 September 2011

satu tekad

assalamualaikum..

sabtu ni dah nak naik flight balik gombak
sekejap ja masa berlalu
tup2 dah nak masuk balik u
meneruskan perjuangan yang terhenti seketika

tapi sem kali ini ada sesuatu yang harus saya laksanakan
satu tekad yang harus saya tepati
ku berharap ini yang terbaik, insyaAllah
namun ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan
antaranya duit poket seharian nanti
mane tak yer, takde angin takde ribut
tiba2 ada cukai prepaid
lagi la kena pandai berjimat lepas ini..


my rules ::
*:* focus 100% for study..boleh percaya kah ni?? *hehe* ;)
*:* try not to waste your time anymore.. baba: join semua 'program'!!
*:* make sure you have your own study plan.. 
*:* jangan kerap sangat outing tanpa sebab.. paling maximum 2kali sebulan *hehe*
*:* duit topup kena buat kuota sebulan rm10
*:* teruskan amalan menabung anda...good girl
*:* lastly, dalam membuat sebarang keputusan...ingatlah Dia & umi baba...lots of love ^_^

ntah laa, kali ini macam ada satu semangat baru
maybe sebab dah fikir masak2 dalam satu hal ini
itu yang berkobar2 untuk melaksanakan satu tekad
satu impian yang ku coretkan di hati
moga ia bakal menjadi sebahagian dalam hidupku..


there is one mission but it will be my secret forever..
i have to keep this promise until i have done all this..
insyaAllah :)

double checklist~
bila dah balik..rindu plak..huhu
wassalam..