![]() |
| klik banner untuk activate |
bunyi macam menarik saja...thanx cik miera sebab menjemput saya join benda alah nie..
secara tak langsung boleh berkenalan dengan seorang hamba Allah nie, kak Atikah..
dalam kehidupan sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk menyeru ke arah kebaikan
bukan sahaja mengajak orang lain untuk turut serta dalam dakwah ini
bahkan kita boleh memperbaiki diri, insyaAllah..
khas buat teman2 semua yang bergelar da'ie,
ketahuilah bahawa bahtera dakwah ini sentiasa sarat
dengan insan2 yang rela menumpahkan darah dan air mata..
bahtera dakwah ini sentiasa menjadi idaman
mereka yang rindukan syahid di jalanNYa..
hakikatnya bahtera dakwah ini akan terus berlayar
walaupun tanpa kehadiran kita..
hakikatnya kitalah yang bertuah
sekiranya memilih untuk menaikinya..
mungkin sahaja kita terasa penat, letih dan tak sanggup untuk memikulnya..
mungkin jua kita terasa seakan ingin 'turun' dan berlabuh di mana2..
namun ketahuilah bahawa bahtera inilah
bukti serta tanda kepatuhan kita kepada pencipta..
kerna dakwah ini bukan pilihan
bahkan tuntutan dari Dia buat hamba2 NYa...
so tunggu apa lagi, jom sama2 kita sertai kempen ini..mungkin setiap madah yang kita coretkan memberi impak kepada seseorang hambaNYa..siapa tahu, pahala berlipat ganda datang tanpa dipinta..
jom berkempen..!!
:
:
:
wassalam :)
