Showing posts with label sanah helwa. Show all posts
Showing posts with label sanah helwa. Show all posts

20 August 2011

syukran

assalamualaikum..


pejam celik pejam celik, umur dah mencecah dua angka..dah tak berapa 'sweet' kata kan..
cepat benar masa berlalu, bagaikan semalam berlakunya segala kisah silamku..
alhamdulillah syukur selama 20 tahun aku menjadi hambaNya, tidak pernah rasa dikecewakan dengan pemberianNYa..kerna ku yakin apa yang berlaku adalah yang terbaik walaupun percent yang menguntungkan diriku sedikit saja..bahkan saban hari nikmat yang Dia kurniakan melimpah ruah dalam kehidupan ku


terima kasih umi baba..
mendidik anak mu erti kehidupan yang sebenar
betapa besar pengorbanan kau taburkan menjadikan aku seperti hari ini
maafkan anakmu kerna tidak mampu menjadi yang terbaik
namun ku bertekad untuk meneruskan perjuangan

buat teman2 sekalian..
penghibur duka dan lara
kadang2 terpaksa melayan kerenah nakal ku
terima kasih kerna menjadi pendengar setia ku
sentiasa menemani ku tatkala kegembiraan dan kesedihan melanda
maafkan kekhilafan diri ini andai ada yang terasa dengan kelakuan dan jua kata2 ku
selama persahabatan yang singkat ini

tiada bicara yang bisa ku ungkap
selain terima kasih buat guru2 yang tercinta
kalian yang suatu masa dulu
mengajar anak kecil ini tanpa mengenal erti penat
ilmu yang dicurahkan amat bernilai buat diri ku
membawa diri ini ke tempat dimana aku berdiri sekarang


syukran Ya Allah
atas segala pemberianMu
tidak ternilai harga sebuah hadiah ini
jika dibandingkan dengan segunung nikmat yang saban hari aku nikmati

seandainya kita menerima sesuatu hadiah
ucapkanlah terima kasih sebagai tanda kita menghargai pemberiannya
cintailah pemberinya sebelum kita cintai hadiah yang diberikan
begitu jua cinta kita padaNYa
cintailah Dia pencipta kita 
jangan dahulukan cinta kepada hambaNYa..

buat peminat2 yang wish besdey kat fb, blog dan hp...
thanx u all..may Allah bless u always..
salam sayang dari ku,

**************************

well, i almost forget..
today is my twin's besdey to0..
cik QATRUNNADA


a great wishes for u my dear,
thanx for being my friend until today..
hope our dreams come true..
may Allah bless u always
take care and be a good girl key ;) 


salam ukhuwah wa mawaddah fillah..
wassalam :)

*tahun ini tak dapat nak buat cheesecake..huhu

19 July 2011

special buat cik ulfa..!!

assalamualaikum...
18 JULAI~


buat temanku, cik NADIA ULFA

persahabatan ini bukan milikku dan
bukan jua milikmu..
persahabatan ini adalah perancangan Allah
yang mengetahui segala rahsia..
kerana Dia aku mengenalimu dan..
kerana Dia juga telah menetapkan kita
mengukir kisah persahabatan
riang, ketawa serta menangis sedih bersama2..
kerana Dia juga lah yang menyemaikan kasih sayang
dan kerinduan dalam naluri perasaan kita..
Dia menghamparkan segugus kenangan di minda kita..
moga persahabatan ini kekal ke akhirnya
sekalipun dalam kenangan...

special dishes utk ulfa syg..

"ya Allah, sentuhkan lah hati temanku ini..
saat dia jauh dariMu, peluklah hatinya..
saat dia mencintai seseorang lebih dariMu, peliharalah imannya selalu..
jadikan dia hamba yang banyak berdoa, beristighfar dan menangis di depanMu..
agar diberi kekuatan dan kesabaran
kerana setiap suatu itu datang dariMu..."
ameen..


insyaAllah, hanan kan sentiasa mendoakn yg terbaik buat dirimu...
ulfa, i gonna miss u..take care 
wassalam :)