Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga 7 sunnah Nabi setiap hari. Sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: TAHAJUDD
kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..mungkin sukar pada mulanya tapi jika istiqamah dalam melaksanakannya..kita akan rasa tenang dan bahgia..
Kedua: membaca AL-QURAN sebelum terbit matahari
Ketiga: jangan tinggalkan MASJID terutama di waktu subuh.
sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat DHUHA, kunci rezeki..
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu..Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah dan jika sukar, permudahkanlah dan jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah..berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Kelima: jaga SEDEKAH setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan orang yang bersedekah..tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang di bawah..memberilah dengan seikhlas hati, moga kita jua mendapat hadiah yang lumayan kelak..murahkan lah senyuman di wajah, kerana senyuman itu sedekah :)
Keenam: jaga WUDHU terus menerus
Allah menyayangi hambaNYa yang berwudhu..kata khalifah Ali bin Abu Thalib,"Orang yang selalu berwudhu sentiasa merasakan dirinya berada dalam keadaan solat walaupun ia tidak solat dan malaikat sentiasa mendoakannya dengan dua doa iaitu, diampuni dosa dan disayangi oleh Allah."
Ketujuh: amalkan ISTIGHFAR setiap saat.
dengan beristighfar, segala masalah yang terjadi akan terpelihara dan dosa kita akan dijauhkan oleh Allah..
Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezqi dari arah yang tidak disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah..bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula..oleh itu, setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan sebagainya..zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan kejahatan dapat dikuarantin supaya umat manusia terhindar dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
moh kte ramai2 semarakkan sunnah nabi..moga kita mendapat syafa'at baginda di akhirat kelak :)
wassalam..
3 comments:
alhamdulillah, terima kasih untuk pesanan ini. segalanya membuat diri terus terdiam lantas berfikir, di mana tahap diri ini sebenarnya. urusan dunia yang terlalu melimpah selalu sahaja menjadi penghalang. namun, alhamdulillah, segalanya masih teratur tatkalamelihat dunia dari tingkap akhirat. amin.
mungkin saja kita terlalu leka, hingga trlupa apa itu sunnah nabi SAW..ingatlah teman, bahawa kewajipan kita lebih byk bbanding masa yg sedia ada..moga kita sntiasa bmujahadah dlm mggapai redhaNYa :)
insyaALLAH, sama-sama lah kita ya.
Post a Comment