Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

17 June 2013

pembunuh bersiri

Bismillahirahmanirahim..

Masa lapang adalah ujian buat kita semua. Samada ia membuatkan kita lebih dekat dengan Allah atau menjauhkan diri kita dengan Allah. Pilihan itu terletak pada diri kita.

Sesungguhnya perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah masa lapang, jika tidak diisi dengan perkara berfaedah. Nabi telah pun berpesan kepada kita:


اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك و صحتك قبل سقمك و فراغك قبل شغلك و شبابك قبل هرمك و غناك قبل فقرك
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu

Menjadi tabiat manusia suka untuk bersenang-lenang dan berjimba, di sinilah bermulanya ujian yang harus kita hadapi. Kita perlu memaksa diri untuk keluar dari comfort zone ini. Kita mudah terhanyut dari arus yg sebenar kerana tabiat iman itu sendiri yazid wa yanqus (bertambah & berkurang). Jika kita terlalai dengan hiburan dunia, jangan biarkan dirimu terus hanyut tetapi upayakan diri untuk berenang ke muara. Susun semula step2 untuk mengisi masa ke arah kebaikan dan selalulah bermuhasabah.
Eratkan hubungan dengan Allah kerana Dia lah yg mengawal hati2 manusia & padaNya kita mohon kekuatan dan pertolongan. Prihatin dengan kesusahan orang lain supaya kita tertolak untuk berusaha memperbaiki diri. Dan sedarlah setiap bala dan kehinaan yang menimpa umat Islam pada hari ini adalah hasil tuaian perbuatan kita sendiri walaupun bukan kita yang menjadi mangsanya
Adakah kita cukup bersedia untuk menjawab soalan Allah SWT dalam hadis Nabi…“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

8 Syaaban 1434H
Wassalam..

*5bulan dah berlalu, lamanya xupdate blog ni

04 August 2012

diari Ramadhan 3# | ketika cinta berusrah |

assalamualaikum ..

sedih bila tahu minggu ni , dah last usrah for this short semester
macam sekejap sahaja masa berlalu tapi memang kali ini , usrah dapat buat 2 3 kali ja .. tapi alhamdulillah banyak majlis ilmu sepanjang semester ini .. so sedikit sebanyak dapat mentarbiyahkan diri yang kadang-kadang kosong

sini nak share sedikit pengisian dari usrah yang lepas
jom kita tadabbur ayat surah Al-Imran 133-135 ,

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapatkan Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang berinfak (mendermakan hartanya) pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan;
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera mengingati Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosa mereka..."
(3:133-135)


dalam ayat di atas telah dijelaskan antara ciri-ciri orang yang bertaQwa .. antaranya adalah :-
~ berinfak ketika sempit dan lapang
~ menahan amarahnya
~ memaafkan orang lain
~ berbuat dosa namun disegerakan taubat

harap dengan sedikit perkongsian ini, dapat kita meneruskan sisa 15 hari ramadhan ini dengan lebih bersemangat dan mempunyai iltizam yang tinggi untuk terus berusaha menggapai keredhaaNYa ..
moga segala amal kita diterimaNYa sepanjang bulan yang barakah ini ..

wassalam ..
15 Ramadhan 1433H

17 March 2012

tudung


wahai srikandi yang dicintai ...
adakah anda ketahui bahawa tudung wanita itu ada empat kesemuanya

yang pertama >> "tudung" pada wajah
jangan sampai wajahnya mengundang fitnah
kecantikan adalah buat suami bukan pameran untuk lelaki ajnabi

yang kedua >> "tudung" pada mata
jangan matanya memandang lelaki lain selain mahramnya
solehah yang haqiqi, tidak dipandang dan tidak memandang

yang ketiga >> "tudung" pada suara
jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona

dan yang terakhir sekali dan paling utama >> "tudung" pada hati
hatinya terpaut pada mengingati Allah
duhai wanita, Dia akan sentiasa memelihara kita daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam diri sendiri atau orang lain

ingatlah srikandi sekalian ...
bahawa menutup aurat bukan hanya sekadar menutup rambut ikalmu .. bertudung sahaja tidak cukup untuk memenuhi tuntutan syariatNYa .. malah ia perlu disertai dengan niat yang suci serta berlandas dengan konsep menutup aurat yang sebenar .. bukan jua dipakai mengikut trend fesyen terkini tetapi aurat ditutup untuk memelihara maruah dan kesucian seseorang wanita itu

teman, aurat di hati itu yang paling utama untuk dijaga .. akhlak yang mulia dan budi pekerti yang luhur lahir dari hati yang suci
andai batas2 pergaulan dan penyakit hati masih berleluasa dalam diri .. ia bererti konsep menutup aurat itu tidak sampai pada piawaiannya .. oleh itu, mari kita sama2 perbaiki diri secara lahiriah dan juga zahiriah


solehahnya sesorang itu tidak diukur pada labuhnya tudung seseorang itu tapi ... dinilai pada ketulusan dan kesucian hati seseorang
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”..
-Saidatina Aisyah RA-

wassalam..
24 Rabiulakhir 1433H

01 October 2011

‎7 Sunnah Rasulullah S.A.W

assalamualaikum..

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga 7 sunnah Nabi setiap hari. Sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: TAHAJUDD

kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..mungkin sukar pada mulanya tapi jika istiqamah dalam melaksanakannya..kita akan rasa tenang dan bahgia..

Kedua: membaca AL-QURAN sebelum terbit matahari
alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman..

Ketiga: jangan tinggalkan MASJID terutama di waktu subuh.

sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: jaga solat DHUHA, kunci rezeki..
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu..Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi, keluarkanlah dan jika sukar, permudahkanlah dan jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah..berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh." 



Kelima: jaga SEDEKAH setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan orang yang bersedekah..tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang di bawah..memberilah dengan seikhlas hati, moga kita jua mendapat hadiah yang lumayan kelak..murahkan lah senyuman di wajah, kerana senyuman itu sedekah :)

Keenam: jaga WUDHU terus menerus

Allah menyayangi hambaNYa yang berwudhu..kata khalifah Ali bin Abu Thalib,"Orang yang selalu berwudhu sentiasa merasakan dirinya berada dalam keadaan solat walaupun ia tidak solat dan malaikat sentiasa mendoakannya dengan dua doa iaitu, diampuni dosa dan disayangi oleh Allah."

Ketujuh: amalkan ISTIGHFAR setiap saat.

dengan beristighfar, segala masalah yang terjadi akan terpelihara dan dosa kita akan dijauhkan oleh Allah..
Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezqi dari arah yang tidak disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)




Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah..bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula..oleh itu, setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan sebagainya..zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan kejahatan dapat dikuarantin supaya umat manusia terhindar dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


moh kte ramai2 semarakkan sunnah nabi..moga kita mendapat syafa'at baginda di akhirat kelak :)
wassalam..

19 August 2011

pecutan terakhir

assalamualaikum..

sekejap saja masa berlalu kan, malam ini kita bakal melangkah ke fasa terakhir dalam bulan ramadhan..
sedih rase yer nak meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini
tapi mentaliti kebanyakan masyarakat sekarang bila tiba saat-saat terakhir macam ni, lain pula jadi yer..


saf mula pendek bila ramadhan tiba di penghujungnya..
seharusnya, waqtu macam ni masjid penuh dengan para jemaah untuk merebut pahala malam lailatul qadar..
merintih pemergiannya tapi.....

*
*
*
*
*
*
 ke mana mereka pergi.....??
tepuk dada, tanya iman


ni hah dia, orang-orang yang seharusnya memenuhi 
lopong-lopong dalam saf
tak salah untuk membeli-belah tapi berpada-pada
mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing
*nasihat, janganlah amek tyme solat terawih..rugi tau*

namun bila kita terpesong dari landasannya
begini lah jadi nya..
yang utama harus di dahulukan
sama seperti kehadiran ramadhan perlu diutamakan
sebelum kita menyambut bulan syawal
suasana ibadah harus lah istiqamah dilaksanakan
agar ramadhan kali ini berbuah taqwa

tetapkn niat 1 Syawal untuk meraikan sebulan berpuasa
bukan untuk berpesta makan
cukup sekadar melahirkan rasa syukur padaNYa
kita mampu mengubahnya...



bulan ramadhan banyak memberi erti
seandainya kita mendalami maksud 'puasa' dan
menggunakan peluang yang dianugerahkan pada kita
ingatlah, saudara2 islam kita di seluruh pelusuk dunia
mereka hidup dalam serba kekurangan 
malah terpaksa menanggung keperitan..



moh kita sama2 mengisi lopong-lopong yang sedia ada
bagi meikmati detik-detik terakhir kita
moga kita masih bersemangat untuk berpesta ibadah
di bulan ramadhan yang masih berbaki ini
renung2kn ^-^

wassalam :)

05 August 2011

tazkirah jumaat | iqra'|

assalamualaikum..


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
~surah Al-alaq 96:1-5~

bacalah dengan nama tuhanmu
kenalilah Dia menerusi ilmu yang disampaikan kepadamu
bersyukur kerana kita dikurniakan kebijaksanaan
hanya kepadaNYa, yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana..

wassalam :)

22 July 2011

tazkirah jumaat | harta |

assalamualaikum..


....Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri.Dan janganlah kamu berinfak melainkan hanya kerana mencari keredhaan Allah.Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
-surah Al Baqarah, 2:272-



pelbagai bentuk harta mampu kita korbankan untuk Islam
renung2 kan :)
wassalam..