Showing posts with label lambaian kasihNya. Show all posts
Showing posts with label lambaian kasihNya. Show all posts

27 May 2013

milikNya

Hanan,

semua yang kita miliki di dunia ini bukan hak kita, tapi hak Allah

Dia berhak mengambil semula daripada kita ..

tidak kira betapa berharganya satu permata itu pada kita

ingat, apa yang diambil daripada kita itu, bukan milik kita ..

hanyalah pinjaman sementara buat kita

kerna rahmat Allah yang tidak terhingga kepada hambaNYa

sejak azali kita tidak memiliki apa-apa

semua yang terhidang ini adalah milikNya yang Haq

dan kepadaNya jua kita kembali



17 Rejab 1434H
wassalam

23 April 2012

jarak

jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKAN LAH MATA dan UCAPKANLAH :~

"Ya Allah, aku rindukannya keranaMu .. jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan ku lupa dan alpa kepadaMu .."

aku semakin mengerti,  'JARAK' ini bukan menghukum ku .. tetapi
'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia ....

dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang LEBIH baik ..

dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Illahi ..

dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami LEBIH dari segalanya ..

dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI ISLAM hingga ke akar umbi ..

dan ... dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin akan tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari jalan yang diredhaiNya ..


..... terima kasih Ya Allah kerana memberikan PELUANG kepada ku menyusuri jalanMu ini .... terima kasih kerana menghadiahkan 'JARAK' ini kepada aku dan dia

wassalam..
30 Jamadilawal 1433H

*mlm td tgk tears for gaza...waa, sob3..sgt touching..yea, i have to do something.. t i will update this one

08 March 2012

ku serahkan segala2nya

assalamualaikum

first thing, ana minta maaf sebab tak selalu update entry kebelakangan ini.. bila masa berlalu dengan pantas, diri ini seolah2 ketinggalan banyak perkara.. namun itu bukan lah perkara utama yang harus kita persoalkan.. tapi kita kena selalu bermuhasabah diri...
"ke mana masa2 yang terluang itu digunakan? adakah kita manfaatkannya sebaik mungkin atau sekadar melepaskan batuk ditangga..."
"adakah selama ini masa yang sudah berlalu diisi dengan amal2 yang membawa kita dekat padaNYa??"
dalam erti kata lain adakah kita sudah cukup bekal amalan untuk persiapan di akhirat kelak..

sesibuk mana pun kita menguruskan hal duniawi..
jangan lah teman2 alpa dan sombong padaNYa kerna Dia,
kita masih mampu menikmati kemewahan di dunia ini..
ringankan lah bibirmu untuk mengucapkan syukur dan puji pujian padaNYa.. sudah menjadi lumrah kehidupan manusia bahawa kita sering terleka dengan agenda2 dunia yang sangat hebat.. hingga membawa manusia jauh dari rahmatNYa..


saat hati berduka barulah si anak mengadu pada si mak
sedangkan si mak sentiasa ada untuk mendengar tangisan si anaknya.. begitu jua Ar-Rahman yang sentiasa menanti rintihan hati hamba2NYa.. tatkala hati bulat menyerahkan segala urusannya pada Rabb.. suasana tenang menyelubungi diri kerna kita meletakkan satu pengharapan yang sangat besar pada yang Maha Berkuasa.. Dia yang Maha Mengetahui segala perihalmu biarpun sekecil mana perkara itu..

namun, kebanyakan dari kita lebih memilih jalan untuk mengadu sesama kita.. tak salah untuk meluahkan keperitan di hati tapi elakkan dari meletakkan harapan bahawa teman kita adalah satu2 nya jalan penyelesaian.. mengadu kasih lah pada yang Esa kerna Dia yang menciptakan kita.. Dia yang lebih arif tentang kita dan seluruh alam ini..

HASBUNNALLAHU WA NI'MAL WAKIL~
"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia lah sebaik-baik pelindung"


15 RabiulAkhir 1433H
wassalam :)

02 September 2011

raya-merdeka

assalamualaikum..


alhamdulillah, raya tahun ini disambut sekali dengan hari kemerdekaan..
bayangkan di mana kali ini, kita akan mengalami dua situasi..
menyambut hari yang penuh gemilang ini
dengan merdeka dari penghambaan manusia
dan merdeka dari penghambaan Tuhan yang menciptakan..
raikan hari yang indah ini dengan rasa syukur kepadaNYa


salam Aidilfitri
minnal aidil wal faizin..
maaf zahir dan batin
buat anak2 malaysia,
salam kemerdekaan 54


mohon maaf buat semua peminat yang mengenali diri ini..maafkn daku, teman
need some more story??!!..dont worry,stay tune with me after this for another chit-chat about me & raya

wassalam :)

20 August 2011

syukran

assalamualaikum..


pejam celik pejam celik, umur dah mencecah dua angka..dah tak berapa 'sweet' kata kan..
cepat benar masa berlalu, bagaikan semalam berlakunya segala kisah silamku..
alhamdulillah syukur selama 20 tahun aku menjadi hambaNya, tidak pernah rasa dikecewakan dengan pemberianNYa..kerna ku yakin apa yang berlaku adalah yang terbaik walaupun percent yang menguntungkan diriku sedikit saja..bahkan saban hari nikmat yang Dia kurniakan melimpah ruah dalam kehidupan ku


terima kasih umi baba..
mendidik anak mu erti kehidupan yang sebenar
betapa besar pengorbanan kau taburkan menjadikan aku seperti hari ini
maafkan anakmu kerna tidak mampu menjadi yang terbaik
namun ku bertekad untuk meneruskan perjuangan

buat teman2 sekalian..
penghibur duka dan lara
kadang2 terpaksa melayan kerenah nakal ku
terima kasih kerna menjadi pendengar setia ku
sentiasa menemani ku tatkala kegembiraan dan kesedihan melanda
maafkan kekhilafan diri ini andai ada yang terasa dengan kelakuan dan jua kata2 ku
selama persahabatan yang singkat ini

tiada bicara yang bisa ku ungkap
selain terima kasih buat guru2 yang tercinta
kalian yang suatu masa dulu
mengajar anak kecil ini tanpa mengenal erti penat
ilmu yang dicurahkan amat bernilai buat diri ku
membawa diri ini ke tempat dimana aku berdiri sekarang


syukran Ya Allah
atas segala pemberianMu
tidak ternilai harga sebuah hadiah ini
jika dibandingkan dengan segunung nikmat yang saban hari aku nikmati

seandainya kita menerima sesuatu hadiah
ucapkanlah terima kasih sebagai tanda kita menghargai pemberiannya
cintailah pemberinya sebelum kita cintai hadiah yang diberikan
begitu jua cinta kita padaNYa
cintailah Dia pencipta kita 
jangan dahulukan cinta kepada hambaNYa..

buat peminat2 yang wish besdey kat fb, blog dan hp...
thanx u all..may Allah bless u always..
salam sayang dari ku,

**************************

well, i almost forget..
today is my twin's besdey to0..
cik QATRUNNADA


a great wishes for u my dear,
thanx for being my friend until today..
hope our dreams come true..
may Allah bless u always
take care and be a good girl key ;) 


salam ukhuwah wa mawaddah fillah..
wassalam :)

*tahun ini tak dapat nak buat cheesecake..huhu

19 August 2011

pecutan terakhir

assalamualaikum..

sekejap saja masa berlalu kan, malam ini kita bakal melangkah ke fasa terakhir dalam bulan ramadhan..
sedih rase yer nak meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini
tapi mentaliti kebanyakan masyarakat sekarang bila tiba saat-saat terakhir macam ni, lain pula jadi yer..


saf mula pendek bila ramadhan tiba di penghujungnya..
seharusnya, waqtu macam ni masjid penuh dengan para jemaah untuk merebut pahala malam lailatul qadar..
merintih pemergiannya tapi.....

*
*
*
*
*
*
 ke mana mereka pergi.....??
tepuk dada, tanya iman


ni hah dia, orang-orang yang seharusnya memenuhi 
lopong-lopong dalam saf
tak salah untuk membeli-belah tapi berpada-pada
mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing
*nasihat, janganlah amek tyme solat terawih..rugi tau*

namun bila kita terpesong dari landasannya
begini lah jadi nya..
yang utama harus di dahulukan
sama seperti kehadiran ramadhan perlu diutamakan
sebelum kita menyambut bulan syawal
suasana ibadah harus lah istiqamah dilaksanakan
agar ramadhan kali ini berbuah taqwa

tetapkn niat 1 Syawal untuk meraikan sebulan berpuasa
bukan untuk berpesta makan
cukup sekadar melahirkan rasa syukur padaNYa
kita mampu mengubahnya...



bulan ramadhan banyak memberi erti
seandainya kita mendalami maksud 'puasa' dan
menggunakan peluang yang dianugerahkan pada kita
ingatlah, saudara2 islam kita di seluruh pelusuk dunia
mereka hidup dalam serba kekurangan 
malah terpaksa menanggung keperitan..



moh kita sama2 mengisi lopong-lopong yang sedia ada
bagi meikmati detik-detik terakhir kita
moga kita masih bersemangat untuk berpesta ibadah
di bulan ramadhan yang masih berbaki ini
renung2kn ^-^

wassalam :)

01 August 2011

Ramadhan yang dirindui

assalamualaikum.

Khas buat tatapan hamba2 Allah taala..
Ya Allah, Ramadhan kini kembali menjelma lagi..Ramadhan yg membawa seribu keberkatan..seribu keinsafan..
Ya Allah, betapa besarnya nikmat Engkau menjadikan bulan ini buat diriku.. 
Terubat rindu di hati ini.....

Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalaam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu, Ya Allah ..?
Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan ibadat..ibadat yg benar2 ikhlas kernaMu Ya Rabb..
Jadikanlah hatiku ini sentiasa mengingatiMu bukan pada bulan yg mulia ini..
bahkan sepanjang hayatku..amin ya rabbal alamin..

Sabda Nabi Muhammad saw :
"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".
(Bukhari-Muslim)

wassalam :)

25 July 2011

countdown..

assalamualaikum..
selang beberapa hari lagi, kita bakal menempuh
RAMADHAN MUBARAK!!

adakah kita benar-benar bersedia melalui detik ini...
tetapkanlah hati dan nawaitu kita sebelum mengorak langkah
moga bersabar dan bersyukur mengharunginya
ketika nafsu meracuni minda dan nurani
mudah-mudahan dikurniakan pahala berlipat ganda


ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan Mu..
berikanlah kami kekuatan utk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik
jadikanlah kami hamba-hamba yg merindui janji dan syurga Mu
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK!!



tips untuk mengkhatam Quran sepanjang bulan yang barakah ini :
* baca 2 helai setiap kali selepas selesai solat...jadi setiap hari, kita bakal menghabiskan 1 juzuk..selamat beramal!! :)

wassalam..

02 June 2011

La Tahzan..innaAllaha ma'ana

assalamualaikum teman2..how's your iman today??
mari kte same2 menghayati satu kisah yg cukup menyentuh jiwa kalian :)




Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. -surah At-Taubah 9:40-




ingatlah teman2,
 Allah tidak menilai  sejauh mane kte berada dekat dgn Dia
tetapi, bagaimana kte berusaha untuk mendekati nya..
sme2 kte sentiasa mensyukuri nikmatNya
walau sebesar mane rezeqi yg dikurniakn buat kte..
wassalam  (n_n)

18 October 2010

fatawakal tu ala Allah =)

Yakin pada Allah..
bukanlah mengharap terMAKBULnya
segala harapan~

Yakin pada Allah..
adalah meletakkan
keREDHAan pada ketentuanNya..
rasa bahagia dgn ujian
walaupun perit..
Di situ air mata yg menitis
terasa bernilai buat
menyiram api neraka~
Nauzubillah..

Indahnya tarbiyah Allah
tersirat rahmat dan hikmah..
Diuji kita sebagai
tanda SAYANGNYA~

Bahagianya Kekasih Allah
dihadiahi ujian yg amat hebat
sabagai tanda KASIHNYA..
Begitulah rupanya
berkasih dgnNya~

Tak akan dibiarkan terlena
dalam keNIKMATan yg melimpah..
Tapi dilindungi dgn ujian & cobaan
yg tak berkesudahan~

Panjatkan keSYUKURan
kerana itu tanda sayang
Allah kpd hamba2Nya~

:::ALLAH MAHA MENGETAHUI:::
apa yg TERBAIK bg hamba2Nya~

"Ya Allah, Kau sentuhlah hati temanku ini
saat dia jauh dariMu..
Kau peluklah hatinya
saat dia mencintai sesiapa lebih dariMu..
Kau peliharalah imannya selalu..
Jadikan dia hamba yg byk
berdoa..beristifar..nangis di depanMu..
Agar diberi kekuatan dan kesabaran..
kerana setiap sesuatu
datang dariMu.."

Moga Allah memberikan mu PELANGI untuk setiap hujan..
SENYUMAN untuk setiap tangisan..
RAHMAT untuk setiap cobaan..
KEKUATAN untuk setiap dugaan..
MAQBUL untuk setiap doa..
Ameen~


**********************