08 March 2012

ku serahkan segala2nya

assalamualaikum

first thing, ana minta maaf sebab tak selalu update entry kebelakangan ini.. bila masa berlalu dengan pantas, diri ini seolah2 ketinggalan banyak perkara.. namun itu bukan lah perkara utama yang harus kita persoalkan.. tapi kita kena selalu bermuhasabah diri...
"ke mana masa2 yang terluang itu digunakan? adakah kita manfaatkannya sebaik mungkin atau sekadar melepaskan batuk ditangga..."
"adakah selama ini masa yang sudah berlalu diisi dengan amal2 yang membawa kita dekat padaNYa??"
dalam erti kata lain adakah kita sudah cukup bekal amalan untuk persiapan di akhirat kelak..

sesibuk mana pun kita menguruskan hal duniawi..
jangan lah teman2 alpa dan sombong padaNYa kerna Dia,
kita masih mampu menikmati kemewahan di dunia ini..
ringankan lah bibirmu untuk mengucapkan syukur dan puji pujian padaNYa.. sudah menjadi lumrah kehidupan manusia bahawa kita sering terleka dengan agenda2 dunia yang sangat hebat.. hingga membawa manusia jauh dari rahmatNYa..


saat hati berduka barulah si anak mengadu pada si mak
sedangkan si mak sentiasa ada untuk mendengar tangisan si anaknya.. begitu jua Ar-Rahman yang sentiasa menanti rintihan hati hamba2NYa.. tatkala hati bulat menyerahkan segala urusannya pada Rabb.. suasana tenang menyelubungi diri kerna kita meletakkan satu pengharapan yang sangat besar pada yang Maha Berkuasa.. Dia yang Maha Mengetahui segala perihalmu biarpun sekecil mana perkara itu..

namun, kebanyakan dari kita lebih memilih jalan untuk mengadu sesama kita.. tak salah untuk meluahkan keperitan di hati tapi elakkan dari meletakkan harapan bahawa teman kita adalah satu2 nya jalan penyelesaian.. mengadu kasih lah pada yang Esa kerna Dia yang menciptakan kita.. Dia yang lebih arif tentang kita dan seluruh alam ini..

HASBUNNALLAHU WA NI'MAL WAKIL~
"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia lah sebaik-baik pelindung"


15 RabiulAkhir 1433H
wassalam :)

No comments: