17 June 2013

pembunuh bersiri

Bismillahirahmanirahim..

Masa lapang adalah ujian buat kita semua. Samada ia membuatkan kita lebih dekat dengan Allah atau menjauhkan diri kita dengan Allah. Pilihan itu terletak pada diri kita.

Sesungguhnya perkara yang mampu membunuh seorang pemuda ialah masa lapang, jika tidak diisi dengan perkara berfaedah. Nabi telah pun berpesan kepada kita:


اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك و صحتك قبل سقمك و فراغك قبل شغلك و شبابك قبل هرمك و غناك قبل فقرك
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu

Menjadi tabiat manusia suka untuk bersenang-lenang dan berjimba, di sinilah bermulanya ujian yang harus kita hadapi. Kita perlu memaksa diri untuk keluar dari comfort zone ini. Kita mudah terhanyut dari arus yg sebenar kerana tabiat iman itu sendiri yazid wa yanqus (bertambah & berkurang). Jika kita terlalai dengan hiburan dunia, jangan biarkan dirimu terus hanyut tetapi upayakan diri untuk berenang ke muara. Susun semula step2 untuk mengisi masa ke arah kebaikan dan selalulah bermuhasabah.
Eratkan hubungan dengan Allah kerana Dia lah yg mengawal hati2 manusia & padaNya kita mohon kekuatan dan pertolongan. Prihatin dengan kesusahan orang lain supaya kita tertolak untuk berusaha memperbaiki diri. Dan sedarlah setiap bala dan kehinaan yang menimpa umat Islam pada hari ini adalah hasil tuaian perbuatan kita sendiri walaupun bukan kita yang menjadi mangsanya
Adakah kita cukup bersedia untuk menjawab soalan Allah SWT dalam hadis Nabi…“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

8 Syaaban 1434H
Wassalam..

*5bulan dah berlalu, lamanya xupdate blog ni

No comments: