09 July 2013

madrasah tarbiyah

dia da mai dah .. Aku?? masih seperti ini, 
tiada perasaan andai dia datang ataupun tidak
kadang2 terasa hembusan bayu senjanya menyapa diriku
namun, ia sekadar berlalu begitu .. kehadirannya tidak menyentuh kalbuku

ya Rabbi, kenapa begini??
mungkinkah terlalu banyak dosa yang menggunung dalam jiwa ku ini .. menutupi hatiku untuk menerima hidayahMu .. 
cahaya Ramadhani
sehingga kan kehadirannya yang mulia
tidak menggoyahkan iman aku untuk menyambutnya

tidak!! Aku tidak mahu mengalah
kerna aku harus melawan nafsu ku ini
agar jiwa ku kembali bersinar 
bahkan lebih bersinar daripada sebelumnya
suapaya orang2 di sekeliling ku juga turut merasai sinarannya itu

aku tidak mahu dia mai dan berlalu begitu sahaja
aku tidak sanggup kehilangannya
setiap detik bersamanya amat berharga
dan aku tak akan sia2 kannya walaupun sesaat

jom3.. dia dah panggil tuh



marhaban ya Ramadhan~
mudah2 an 30 hari yang bakal berkunjung sebentar lagi
menjadi bekalan untuk kita
dalam mentransformasikan diri
menjadi Muslim yang taqwanya OSEM
pada 11 bulan yang akan datang
inshaAllah :)

di ambang 1 Ramadhan 1434H

wassalam

1 comment:

cikshara said...

cik hanna.. puasa ke? :P