Showing posts with label cinta haqiqi. Show all posts
Showing posts with label cinta haqiqi. Show all posts

18 July 2012

countdown

assalamualaikum..

hari berganti hari, ramadhan yang dinantikan bakal mengundang ke teratak kita tidak lama lagi ..
janganlah monyok pulak bila datang nya bulan yang mulia ini .. sebab tak dapat makan banyak2 :p
Ramadhan, bulan yang boleh membuatkan diri kita gemuk dengan pahala .. bulan yang menjaminkan pahala yang berganda2,
ayuh teman2 kita mempersiapkan untuk meraikan kedatangan dia .. jom,

--> perbetulkan niat kita, untuk mengaharapkan keredhaanNYa dan memantapkan keimanan kita kepadaNYa ..
--> biasakan diri kita untuk mengamalkan amalan2 sunat sepanjang bulan syaban ini..
*puasa sunat isnin khamis*tahajud*perbanyakkan bacaan Quran*sedeqah*
--> sebelum dia mai, jom kita buat checklist ramadhan .. ini penting sebagai benchmark (target) kita dalam nak mengaut keuntungan sepanjang ramadhan .. tapi buatlah mutabaah amal ni mengikut kemampuan masing2
* contohnya:
 - tilawah quran : sehari 1 juzuk
 - terawih : wajib tiap2 malam
 - tahajud : 3 kali seminggu
 - sedeqah/infaq : 2 kali seminggu
 - sunat rawatib : tiap2 kali sebelum & selepas solat fardhu


dalam melaksanakan semua amalan2 ini, jangan lupa anak kunci ramadhan ini
iaitu ISTIQAMAH dan sentiasa MUHASABAH diri, insha Allah kita mampu mengharunginya dengan sebaek mungkin, malah mengharapkan Ramadhan kali ini yang terbaik dan lebih baik dari tahun2 sebelum ini .. kerna kita tidak tahu adakah Ramdhan ini adalah yang terakhir buat kita, waAllahu a'lam :)

jom kita ajak teman2 kita berlumba2 untuk meraih keberkatan Ramadhan yang akan datang sekejap sahaja lagi ..
agar kita tidak terleka sepanjang bulan barakah ini lagi2 di penghujung bulan ..
moga Ramadhan ini bakal membawa titik perubahan dalam diri untuk menjadi hamba2 NYa yang bertaqwa ..

wassalam :)
28 Syaaban 1433H

*minggu ni busy macam2, schedule pack dengan memberi makan pada ruh..inshaAllah*

16 June 2012

mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis


"berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid membela tauhid


dipisah dia berkelana
dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
namun jiwa tetap mara memburu cinta
membara demi Allah dan RasulNYa


berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang resah silih berganti
inilah sunnah orang berjuang


malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat mencurah tenaga

berjuang memang pahit
kerna syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua jadi pilihan
dunia yang fana .... atau syurga.."

best tak lagu ni ??
bila difahami dan dihayati, sangat menyentuh jiwa yang gersang
hmm, setiap kali melayan lagu ini rasa sayu sahaja .. lagi2 time kita tengah ber'jihad' pena ..

mujahadah melawan nafsu bukan lah suatu perkara yang mudah
namun ia memerlukan jiwa yang kuat untuk menghadapinya
bayangkan berapa banyak nafsu yang bersarang dalam hati kita ini ???
nafsu makan, nafsu bola,nafsu harta dan pangkat, nafsu perempuan dan sebagainya ..
terlalu banyak sehingga akal tidak mampu membuat penilaian

kadang2 kemahuan kita bertentangan dengan kehendakNYa
apa yang kita mahu buat kurang menepati syariatNya
agak sukar buat diri kita untuk melakukan apa yang diwahyukan terhadap kita kan?
di sini kita memerlukan sedikit pengorbanan demi menjaga agamaNYa .. mungkin agak sukar pada mulanya tapi yakinlah dengan janji Dia yang pasti .. malah Dia Maha Bijaksana, mengurniakan akal fikiran untuk berfikir mana baik dan buruk
bila manusia bertindak menggunakan nafsu semata2, seolah2 tiada akhirat di hatinya
semua amalan yang dilakukannya hanya untuk bersuka ria memuaskan nafsu tanpa hala tuju yang sebenarnya

pahitnya mujahadah itu kerna ujian yang mendatang bertubi2 ..
menguji tahap keimanan kita terhadapNYa ..
sebenarnya.. Dia wndu kita berdoa dan merayu, memohon dengan sepenuh hati
hadapilah setiap langkah jihadmu itu dengan sabar ..
sabar dan yakin bahawa Dia sentiasa bersama kita
biarlah orang lain meminggirkan kita namun,
Dia tidak pernah sesekali meninggalkan kita, itu janji Dia yang pasti ..
terimalah segala dugaan yang menimpa dengan hati yang tenang dan lapang
yakinlah bahawa Dia akan memberi hadiah yang sangat lumayan di akhir perjuangan ini ....
iaitu nikmat syurga yang dinantikan oleh hamba2Nya yang beriman

siapakah dia bakal ahli2 syurga yang dimaksudkan ??
mereka itu adalah golongan yang beramal seperti ahli2 syurga
menyucikan hati dari segala noda .. tidak pernah lalai dari berzikir padaNYa .. masyaAllah
menyuruh pada kebaikan dan menjauhi segala kemungkaranNya
berkorban jiwa demi menegakkan panji2 Allah di muka bumi ini ..
itu lah dia para mujahid mujahidah yang dirindui dan disanjungi
ALLAHUAKBAR!!

wassalam :)
26 Rejab 1433H


*nak seribu daya, tak nak seribu dalih .. semua orang nak jadi baik .. tapi kena ada kemahuan dan iltizam yang kuat*

22 July 2011

tazkirah jumaat | harta |

assalamualaikum..


....Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri.Dan janganlah kamu berinfak melainkan hanya kerana mencari keredhaan Allah.Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
-surah Al Baqarah, 2:272-



pelbagai bentuk harta mampu kita korbankan untuk Islam
renung2 kan :)
wassalam..

29 March 2011

diMana Dia diHati kita....??

assalamualaikum..

sedang asyik kita menikmati segala nikmat dan kurnia drpdNya
pernah kah terdetik di hati kita utk mngucap syukur yg panjang ke hadratNya
mungkin pernah,mungkin jua tidak..kita sering alpa dihanyut oleh kemewahan duniawi
tp adakah kita sedar bhwa kasih sayang Dia tidak pernah kurang walau sesaat
sejauh mana kecintaan kita terhadap pencipta yg agung..??
adakah sekadar melafazkn kalimah syahadah..,
cukup menggambarkan kecintaan kita terhadapNYA..??!!!

melafazkn kalimah syahadah beerti kita mengaku bhwa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah
setiap kalam mesti diyakini dgn hati serta melaksanakannya dgn tangan
begitu juga dgn mengucap syahadah
kita perlu memahami setiap bait dan melaksanakannya seiring dgn apa yg dituntut



laaillahaillallah
1. makna ILAH 
*tenteram kepadaNYa
*terlindung olehNYa
*rindu padaNYa
*cinta & cenderung padaNYa



اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha besar lagi sempurna kebesaranNYa segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam. Tiada sekutu bagiNya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

andai kte benar2 mencintaiNYa, kita akan memperHAMBAkn diri kita kpdNYA.makna kata, kita mengabdikn seluruh kehidupan kita pdNYa yg Maha Esa.namun, apa yg berlaku pd teman2 kita sekarang ni, mereka lebih merelakan jiwa mereka diperhambakn oleh nafsu semata2.nauzubillah..

2. makna Al-ILAH 
*yg diharapkan
*yg ditakuti
*yg disembah
*yg dicintai


51:56


                  "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." 51:56


kalimat LAA ILLAH membawa maksud AL-BARA'
(pelepasan diri)


laa : kata penolakan
illah : yg ditolak


AL-BARA' 
*mengingkari 
*memusuhi 
*memutuskan 
*membenci 


kalimat ILLALLAH membawa maksud AL-WALA' (taat setia)
illa : peneguhan
Allah : yg diteguhkan


AL-WALA' ::
*mentaati
*menolong/membela 
*mendekatkan diri 
*mencintai sepenuh hati


kalimat MUHAMMAD RASULULLAH membawa maksud pedoman utk penolakan dan taat setia


Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepda keduanya, kamu tidak akan sesat selamanya.iaitu KItab Allah (Al-Quran) dan sunnah Nabi-NYa"


        
ingatlah teman2, tujuan utama kita diciptakan oleh Dia yg Maha Pengasih lagi Penyayang, mengabdikn diri dan seluruh kehidupan hanya pdNYa.manusia akan menjadi hamba kpd apa yang dicintainya.andai sesuatu perkara itu mampu mengundang kemurkaanNYa dan melalaikan kita dari mengingatiNYa, hindari lah ia teman.kembali kpd fitrah semulajadi manusia, utk mengenali siapa penciptanya yg khaliq.Dia telah menciptakan kte dgn sebaik2 penciptaan, malah kita dikenali sbg ummat Nabi Muhammad SAW iaitu nabi yg terpuji dan terulung, ummat yg terbaik..!! laksanakn lah amal ibadahmu sebaik mungkin, kerna matlamat utama kita mdptkn keredhaanNYa..DIA ADALAH CINTA HAQIQI~



..::renungan bersama::..


3 perkara yg sesiapa memilikinya maka dia memperoleh kemanisan iman >>
*Allah & RasulNYA lebih dikasihi olehnya drpd selain keduaNYA
*Dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah
*Dia benci utk kembali kpd kufur sebagaimana dia benci utk dilontarkan ke dlm api


berfikirlah sejenak sahabatku,  
dari mana engkau hadir.di mana anda berada sekarang.dan ke mana engkau akan pergi..
wassalam (:






>>khas buat sahabatku, yg sedang berjuang di medan peperiksaan..all da best..!! remember that Allah always b with u, my dear.
>>sebarang komen dan pendapat bole la dialamatkn ke laman sesawang ni..sekian,  ^_^