16 June 2012

mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis


"berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid membela tauhid


dipisah dia berkelana
dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
namun jiwa tetap mara memburu cinta
membara demi Allah dan RasulNYa


berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang resah silih berganti
inilah sunnah orang berjuang


malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat mencurah tenaga

berjuang memang pahit
kerna syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua jadi pilihan
dunia yang fana .... atau syurga.."

best tak lagu ni ??
bila difahami dan dihayati, sangat menyentuh jiwa yang gersang
hmm, setiap kali melayan lagu ini rasa sayu sahaja .. lagi2 time kita tengah ber'jihad' pena ..

mujahadah melawan nafsu bukan lah suatu perkara yang mudah
namun ia memerlukan jiwa yang kuat untuk menghadapinya
bayangkan berapa banyak nafsu yang bersarang dalam hati kita ini ???
nafsu makan, nafsu bola,nafsu harta dan pangkat, nafsu perempuan dan sebagainya ..
terlalu banyak sehingga akal tidak mampu membuat penilaian

kadang2 kemahuan kita bertentangan dengan kehendakNYa
apa yang kita mahu buat kurang menepati syariatNya
agak sukar buat diri kita untuk melakukan apa yang diwahyukan terhadap kita kan?
di sini kita memerlukan sedikit pengorbanan demi menjaga agamaNYa .. mungkin agak sukar pada mulanya tapi yakinlah dengan janji Dia yang pasti .. malah Dia Maha Bijaksana, mengurniakan akal fikiran untuk berfikir mana baik dan buruk
bila manusia bertindak menggunakan nafsu semata2, seolah2 tiada akhirat di hatinya
semua amalan yang dilakukannya hanya untuk bersuka ria memuaskan nafsu tanpa hala tuju yang sebenarnya

pahitnya mujahadah itu kerna ujian yang mendatang bertubi2 ..
menguji tahap keimanan kita terhadapNYa ..
sebenarnya.. Dia wndu kita berdoa dan merayu, memohon dengan sepenuh hati
hadapilah setiap langkah jihadmu itu dengan sabar ..
sabar dan yakin bahawa Dia sentiasa bersama kita
biarlah orang lain meminggirkan kita namun,
Dia tidak pernah sesekali meninggalkan kita, itu janji Dia yang pasti ..
terimalah segala dugaan yang menimpa dengan hati yang tenang dan lapang
yakinlah bahawa Dia akan memberi hadiah yang sangat lumayan di akhir perjuangan ini ....
iaitu nikmat syurga yang dinantikan oleh hamba2Nya yang beriman

siapakah dia bakal ahli2 syurga yang dimaksudkan ??
mereka itu adalah golongan yang beramal seperti ahli2 syurga
menyucikan hati dari segala noda .. tidak pernah lalai dari berzikir padaNYa .. masyaAllah
menyuruh pada kebaikan dan menjauhi segala kemungkaranNya
berkorban jiwa demi menegakkan panji2 Allah di muka bumi ini ..
itu lah dia para mujahid mujahidah yang dirindui dan disanjungi
ALLAHUAKBAR!!

wassalam :)
26 Rejab 1433H


*nak seribu daya, tak nak seribu dalih .. semua orang nak jadi baik .. tapi kena ada kemahuan dan iltizam yang kuat*

No comments: