18 July 2012

countdown

assalamualaikum..

hari berganti hari, ramadhan yang dinantikan bakal mengundang ke teratak kita tidak lama lagi ..
janganlah monyok pulak bila datang nya bulan yang mulia ini .. sebab tak dapat makan banyak2 :p
Ramadhan, bulan yang boleh membuatkan diri kita gemuk dengan pahala .. bulan yang menjaminkan pahala yang berganda2,
ayuh teman2 kita mempersiapkan untuk meraikan kedatangan dia .. jom,

--> perbetulkan niat kita, untuk mengaharapkan keredhaanNYa dan memantapkan keimanan kita kepadaNYa ..
--> biasakan diri kita untuk mengamalkan amalan2 sunat sepanjang bulan syaban ini..
*puasa sunat isnin khamis*tahajud*perbanyakkan bacaan Quran*sedeqah*
--> sebelum dia mai, jom kita buat checklist ramadhan .. ini penting sebagai benchmark (target) kita dalam nak mengaut keuntungan sepanjang ramadhan .. tapi buatlah mutabaah amal ni mengikut kemampuan masing2
* contohnya:
 - tilawah quran : sehari 1 juzuk
 - terawih : wajib tiap2 malam
 - tahajud : 3 kali seminggu
 - sedeqah/infaq : 2 kali seminggu
 - sunat rawatib : tiap2 kali sebelum & selepas solat fardhu


dalam melaksanakan semua amalan2 ini, jangan lupa anak kunci ramadhan ini
iaitu ISTIQAMAH dan sentiasa MUHASABAH diri, insha Allah kita mampu mengharunginya dengan sebaek mungkin, malah mengharapkan Ramadhan kali ini yang terbaik dan lebih baik dari tahun2 sebelum ini .. kerna kita tidak tahu adakah Ramdhan ini adalah yang terakhir buat kita, waAllahu a'lam :)

jom kita ajak teman2 kita berlumba2 untuk meraih keberkatan Ramadhan yang akan datang sekejap sahaja lagi ..
agar kita tidak terleka sepanjang bulan barakah ini lagi2 di penghujung bulan ..
moga Ramadhan ini bakal membawa titik perubahan dalam diri untuk menjadi hamba2 NYa yang bertaqwa ..

wassalam :)
28 Syaaban 1433H

*minggu ni busy macam2, schedule pack dengan memberi makan pada ruh..inshaAllah*

No comments: