30 July 2012

diari Ramadhan 2# | fasa kedua |

assalamualaikum ..

setelah melewati 10 hari pertama Ramadhan, sekarang kita akan memulai fasa kedua Ramadhan .. keutamaan fasa pertengahan Ramadhan ini adalah Allah akan memberikan maghfirah atau ampunan buat hamba2Nya .. inilah saat yang tepat bagi kita untuk memohon ampun atas segala dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan memohon agar taubat kita diterima ..

tidak ada bulan-bulan lain yang sebaik bulan Ramadhan, maka itu janganlah kita menyiakan supaya kita tidak menjadi orang yang rugi .. seperti yang kita sedia maklum, bulan yang barakah ini dibahagikan kepada 3 tahap special, iaitu :

~ 10 hari pertama :: kerahmatan
~ 10 hari kedua :: keampunan
~ 10 hari ketiga :: kebebasan dari api neraka



sedih rasanya 10 hari sudah berlalu, bagaimana dengan iman amal ibadah kita ..? adakah semakin meningkat dari hari ke hari ?? semoga Allah memberkati segala amalan kita di 10 hari pertama ini, ameen ..

sudah siapkah kita untuk menyambut dan menghadapi 20 hari yang tersisa..? jangan sampai ada detik yang terbuang begitu sahaja dengan perkara2 yang lagha .. bila difikir2kan, urusan duniawi tidak pernah2 habis ditelan zaman, namun adakah kita hendak membiarkan diri kita terhanyut dengan segala ini tanpa memikirkan soal akhirat ..

ingatlah teman, dunia hanyalah kehidupan sementara buat orang2 yang beriman, tempat untuk mengaut keuntungan buat bekalan di akhirat kelak .. terlalu sibuk dengan dunia membuatkan kita alpa dan leka pada hikmah yang sebenar dalam bulan yang mulia ini .. mari kita sama-sama tingkatkan disiplin diri, memperbaiki niat dan berkonsentrasi sepenuhnya pada 20 hari yang terakhir ini .. m0ga kita ditempatkan bersama2 orang yang bertaqwa J

wassalam ..
11 Ramadhan 1433H

p/s: mood nga repost ramadhan yang lepas..huhu

No comments: