apa khabar iman anda hari ini ??
bagaimana puasa dan ibadah kita .. adakah semakin hari semakin sempurna ..
moga kita sama-sama renungkan nya selalu ..
bila bicara tentang puasa, apa yang teman fikirkan ??
mesti berkait dengan menahan lapar dan dahaga kan ..
bagaimana pula dengan puasa hati ??
ya , menjaga hati di bulan rahmat ini bukan suatu pekara yang mudah untuk
melaksanakannya
ia memerlukan iltizam yang tinggi untuk mejayakan this misson impossible ..
so macam mana nak membendungnya, caranya dengan :-
* meletakkan keyakinan yang batil padaNya
jangan pernah kita ragu-ragu dengan ketentuanNYa .. yakinlah bahawa Dia
sentiasa memberikan yang terBaik untuk kita .. walaupun pahit untuk kita
menelannya, namun di akhirnya kita bisa merasai kemanisannya .. itulah dia
kemanisan iman :)
* memperbaiki niat di hati
niat ikhlas melakukan sesuatu itu semata-mata untuk menggapai keredhaanNYa ..
kebiasaannya, kita manusia sentiasa hendak melakukan sesuatu dengan sebaik
mungkin atau yang terbaik untuk orang yang kita kasihi kan .. seharusnya, kita perlu
berusaha bersungguh2 untuk melaksanakan segala perintahNYa dengan terbaik kerna
Dia adalah kekasih kita yang terulung ..
* menghindari penyakit hati
penyakit hati merupakan racun yang sangat berbisa andai kita membiarkan ia
mempengaruhi hati kita yang suci .. andai kita berpuasa tapi hati kita masih menyimpan dendam dan hasad dengki sesama makhluk, akan terkuranglah pahala puasanya ya adeq2..
* jangan memanjakan diri dengan tabiat buruk kita yang akan mempengaruhi
rutin harian kita
kita harus meninggalkan tabiat buruk kita yang bakal menggugat keimanan
kita sepanjang ramadhan ini .. kerana kebiasaan itu hati ini dikaburi dengan dosa2 kecil yang mungkin
sedikit demi sedikit bersarang dalam hati kita ..
* benci jahiliyah
akan timbul kebencian dalam hati yang suci bila si empunya melihat maksiat
di depan matanya .. ini membuatkan kita untuk cuba menghindari diri dari
melakukannya ..
* mengawal keinginan dan hawa nafsu
bagaimana kita ingin menjaga hati daripada dijangkiti dengan nafsu yang
sering menyesatkan kita??
jauhi diri kita dari perkara2 yang lagha dan sering menyibukkan
diri dengan memberikan ruh kita makan dengan menghadiri majlis2 ilmu .. sentiasa membasahkan lidah kita dengan beristighfar bila terdetik untuk melakukan kejahatan
inshaAllah sama-sama lah kita menjaga hati daripada noda dan berusaha untuk memadamkan titik-titik hitam fi qalbi sepanjang ramadhan yang mulia .. moga Dia menerima segala taubat kita selama ini :)
inshaAllah sama-sama lah kita menjaga hati daripada noda dan berusaha untuk memadamkan titik-titik hitam fi qalbi sepanjang ramadhan yang mulia .. moga Dia menerima segala taubat kita selama ini :)
wassalam..
5 Ramadhan 1433H
No comments:
Post a Comment