Showing posts with label titian hati. Show all posts
Showing posts with label titian hati. Show all posts

15 August 2012

diari Ramadhan 4# | aku rinduu... |

assalamualaikum

terimbau kenangan yang paling sweet di bulan yang mulia
ketika itu aku ditemani sahabat2 yang membawa aku mendekatiMu meneruskan perjuangan yang tiada henti ..
actually, bila kita berada di menara gading ini lah, kita bertungkus lumus mencari sahabat yang sejati iaitu teman yang membawa kita ke taman2 syurga kelak .. ameen :)
kita paut dia sekuat yang mampu kerna dia ini yang bakal membimbing tangan kita andai tersungkur suatu hari nanti .. bukan mencari teman hidup pula .. haha

start je 10 malam terakhir, kami bercamping di masjid ..
berbuka sama2 >> tidur sama2 >> sahur setalam >> dan yang paling sweet kami bertemu dengan NYa dalam satu jemaah .. mashaAllah
aku dah start rindu ni .. sob3
rindu sangat suasana itu .. suasana yang cukup mententeramkan dan menggetarkan jiwa ku walaupun sibuk dengan hal dunia yang tiada penghujungnya, namun ku teruskan tekad ini, memandangkan mungkin ini adalah ramadhan yang pertama dan terakhir buat ku di bumi uia ini ..
terima kasih buat teman2 seperjuangan yang tidak jemu melayan kerenah ku sepanjang kita bersama
sungguh aku rindu nak ber'camping' dengan korang lagi ..
teringat suasana semasa dekat sekolah dulu, macam ini laa .. rindu Taayah yang terchinta :)


Ya Allah, andai ku bisa pohon agar Engkau panjangkan malam2 yang ku tempuhi di saat akhir peninggalannya .. saat dia pergi aku akan sentiasa merindui T_T

wassalam
21 Ramadhan 1433H

24 July 2012

diari Ramadhan 1# | puasa hati |

assalamualaikum ..

apa khabar iman anda hari ini ??
bagaimana puasa dan ibadah kita .. adakah semakin hari semakin sempurna ..
moga kita sama-sama renungkan nya selalu ..

bila bicara tentang puasa, apa yang teman fikirkan ??
mesti berkait dengan menahan lapar dan dahaga kan ..
bagaimana pula dengan puasa hati ??



ya , menjaga hati di bulan rahmat ini bukan suatu pekara yang mudah untuk melaksanakannya
ia memerlukan iltizam yang tinggi untuk mejayakan this misson impossible ..

so macam mana nak membendungnya, caranya dengan :-
* meletakkan keyakinan yang batil padaNya
jangan pernah kita ragu-ragu dengan ketentuanNYa .. yakinlah bahawa Dia sentiasa memberikan yang terBaik untuk kita .. walaupun pahit untuk kita menelannya, namun di akhirnya kita bisa merasai kemanisannya .. itulah dia kemanisan iman :)

* memperbaiki niat di hati
niat ikhlas melakukan sesuatu itu semata-mata untuk menggapai keredhaanNYa .. kebiasaannya, kita manusia sentiasa hendak melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin atau yang terbaik untuk orang yang kita kasihi kan .. seharusnya, kita perlu berusaha bersungguh2 untuk melaksanakan segala perintahNYa dengan terbaik kerna Dia adalah kekasih kita yang terulung ..

* menghindari penyakit hati
penyakit hati merupakan racun yang sangat berbisa andai kita membiarkan ia mempengaruhi hati kita yang suci .. andai kita berpuasa tapi hati kita masih menyimpan dendam dan hasad dengki sesama makhluk, akan terkuranglah pahala puasanya ya adeq2..

* jangan memanjakan diri dengan tabiat buruk kita yang akan mempengaruhi rutin harian kita
kita harus meninggalkan tabiat buruk kita yang bakal menggugat keimanan kita sepanjang ramadhan ini .. kerana kebiasaan itu hati ini dikaburi dengan dosa2 kecil yang mungkin sedikit demi sedikit bersarang dalam hati kita ..

* benci jahiliyah
akan timbul kebencian dalam hati yang suci bila si empunya melihat maksiat di depan matanya .. ini membuatkan kita untuk cuba menghindari diri dari melakukannya ..

* mengawal keinginan dan hawa nafsu
bagaimana kita ingin menjaga hati daripada dijangkiti dengan nafsu yang sering menyesatkan kita??
jauhi diri kita dari perkara2 yang lagha dan sering menyibukkan diri dengan memberikan ruh kita makan dengan menghadiri majlis2 ilmu .. sentiasa membasahkan lidah kita dengan beristighfar bila terdetik untuk melakukan kejahatan


inshaAllah sama-sama lah kita menjaga hati daripada noda dan berusaha untuk memadamkan titik-titik hitam fi qalbi sepanjang ramadhan yang mulia .. moga Dia menerima segala taubat kita selama ini :)

wassalam..
5 Ramadhan 1433H

01 January 2012

ukhuwah

assalamualaikum..

alhamdulillah, dalam kesibukan menelaah pelajaran..
sempat lagi kami 'bulatan gembira' melaksanakan satu misi utama dalam usrah iaitu... ziarah..
kali ni kami menziarah sambil makan2 di rumah kak mahmudah

mashaAllah, kami dilayan dan dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan
nasi briyani, kacang dal, gulai kambing dan yang paling istimewa ada cendol pulut..*hehe*
tambah pula, family akak mahmudah asal dari india..
memang terbaik dari ladang la makanan2 yer..yummmmy :)

luv u all :)

satu permulaan yang baik bagi tahun baru kali ini ..
selamat tinggal 2011 .. tahun yang cukup memberiku segala kenangan pahit, manis, suka dan duka..namun, ku akur dengan ketentuanNYa .. Dia sentiasa memberi yang terbaek dalam hidupku, insyaAllah .. moga tahun yang akan datang lebih baik dari tahun2 sebelumnya ..

selamat datang tahun baru 2012..
7 Safar1433H
wassalam..

*start listing my new mission for upcoming event hopefully..hehe*

04 December 2011

hati menangis

assalamualaikum..


hati mesti sedih kan saat teman yang kita paling sayang buang kita jauh dalam certain isu ..
tapi itu tak memberi impak yang besar kerna kita sayang dia, mungkin jua dia nak more space to be alone, right??
saya pun kadang2 nak privacy dan pernah mengalaminya .. i'm understand u, dear ..

namun, pada satu saat dia meletakkan kita ke belakang .. terasa pedih dan sedih T-T
mungkin kita bukan kawan yang terbaik untuk memberi nasihat atau sentiasa ada pada saat2 genting ..
tapi awak tahu tak, saya selalu akan ada untuk awak ..
walaupun awak tak sedar .. doa saya selalu bersama dengan awak .. insyaAllah

rasa sedih cukup menyentuh kalbu, bila awak lebih percaya orang lain berbanding diriku ..
ku pasti bahawa awak tahu bahwa kisah silam ku ..
ku pernah mengharunginya dengan sukar dan pedih
namun awak still go on dengan hal awak itu ..
saya faham awak dah besar dan tahu apa yang terbaik untuk awak .. sokong awak tapi bila awak hampir jatuh, saya akan sambut .. tak nak awak jatuh tersungkur dan menyesal dengan apa yang dah berlaku nanti ..
saya hadir bukan untuk berperang dengan awak, just to remind u dear and i don't want u to get hurt..
because i don't want u feel what i have gone through before.. it hurt me worse and worse

teringat adeq tersayang nasihat saya dulu..
kadang-kadang ujian dalam diri yang kita tempuh, seakan-akan berperang dengan diri sendiri itu
adalah perkara yang kita sedang dakwahkan ..
amat pedih dan sukar untuk ditanganinya ..
mungkin Dia nak kita muhasabah diri semula
mengeratkan kembali hubungan dengan Sang Pencipta ..
ingatlah saat kamu berjuang di jalanNYa, Dia sentiasa mempermudahkan segalaNYa..

buat temanku, dengarlah rintihan ini..
ku sentiasa mendoakan kebahgiaanmu..
andai perpisahan bisa membuatkan dirimu bahgia..
ku redha dan pasrah dengan ketentuanNYa
hanya Dia yang bisa memberikan kebahgiaan itu, bukan diriku..

salam sayang,
8 muharram 1433H,
wassalam :)

24 September 2011

jika terpaksa membenci

assalamualaikum..

jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam...dan cuba maniskan wajahmu

jika terpaksa benci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala disudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya!!

jika terpaksa membenci..
(alangkah baik jika kalimah itu tiada..?)

dipetik dari
::Dimana Dia dihatiku??::


Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud :
"Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi IKHWAN Allah. Ikhwan bermakna 'sahabat'.

*tika ini aku tidak tahu apa yang ku rasakan...ya Allah, maafkan daku..*
wassalam :)

06 August 2011

pelayaran yang tiada penghujungnya

assalamualaikum..

congrate ummi..i'm proud of u!!

perjalanan ini masih terlalu jauh
jika dinilai dgn mata hati
namun sedarkah kita bahawa 
dunia ini sedang dimamah usia
tapi kita masih ditampuk yang lama
mengukir kisah suka dan ria

usah dibiarkan angan2 itu
menerjah jauh tanpa haluan
matlamat hidup perlu jelas
agar lancar dalam mengorak langkah
seperti kapal dan nahkoda

bermula dengan satu langkah
tidak tahu ke mana arah tapi dengan matlamat yang satu
mencari ilmu setinggi gunung
seolah mengemudi sebuah pelayaran
belayar ke suatu destinasi yang kita tidak pasti

ku teruskan jua belayar
dengan tekad ku bisa mengapai impian yang diidam
andai dibiarkan ia belayar sendirian
mungkin hanyut dibawa arus kelalaian

belayar dari satu kepulauan ke kepulauan yang berbeza
meneroka minat yang seiring dengan cita2
bukan mudah untuk mengharungi samudera
segunung harapan dan pengorbanan harus kita taburkan
bagi memperoleh sebuah kejayaan yang gemilang
andai kita terhenti di pertengahan
pasti menemui kegagalan

jangan berhenti..
selagi nyawa dikandung badan
ingatlah teman,
janji Allah bahawa darjat orang2 yang berilmu
adalah yang paling tinggi dan mulia di sisiNYa.............


"ilmu itu seperti air.ia akan terus mengalir ketempat yang lebih rendah.Ilmu pula akan mengalir kepada orang yang rendah hati."~Pahrol Mohamad Juoi

wassalam :)

06 June 2011

tangisanku..

assalamualaikum..

akhir ni, banyak benda yg berlaku tanpa diduga..
semuanya terjadi di luar kemampuanku..
begitu perit utk diceritakan..hanya aku dan Dia yg mengetahui
saban hari ku berdoa, mohon diri ini tabah dan kuat dlm mengharungi mehnah duniawi ini

kadang kala sewaktu ku beroleh kesenangan
ku tersenyum dan bersyukur padaNYa
bahkan aku dapat merasai secebis kebahgiaan di situ
namun, tak semua yg kita lihat dan fikir itu indah

dalam kesunyian, ku bertemu dgnNYa..
berbicara dgnNYa..
bagai kan ada satu ikatan yg kuat tercipta di situ..
tatkala ku ditimpa kesusahan Dia sentiasa ada bersamaku..
aku dapat merasai kehadiranNYa..

betul la kata umi, bila kita memerlukan seseorang utk berbicara..
tetapi kita tiada kekuatan utk meluahkan kpd teman..
jangan lah lupa pada Dia yg sentiasa Mendengar rintihan hambaNYa
cipta lah suatu suasana, dimana adanya kita dan Dia sahaja
mengadu dan merayu lah padaNYa
insyaAllah, kita akan merasai ketenangan itu..

tangisanku terhenti
membawa diriku tersedar dari mimpi yg nyata
ketahui lah bahawa hanya Dia yg berhak memberikan
KeBahGiaaN kepada seseorang..
bukan kita dan bukan orang lain...

hepi bile tgk dye..

jangan membiarkan penderitaan anda alami
menjadi bahan bualan
kerana itu akan menjadi penghalang
bagi anda utk meraih kebahgiaan


wassalam :)


07 June 2010

~10 WaSiat HaSsan Al-BanNa

"> Bila mendengar azan, bangun solat serta-merta...jgn berlengah walaupun kita masih mempunyai masa yg banyak..penting dalam pengurusan waktu kita


)> Bacalah Al-Quran, buku2 agama diamalkan dan andai kita mempunyai masa terluang, isilah kekosongan itu dgn menghadiri majlis-majlis ilmu dan benda2 yg berfaedah..amalkan zikrullah dan sentiasa berdampingan dgn Al-Quran

"> Berusahalah untuk menggunakan bahasa Arab sbg bahasa pertuturan kerana bahasa Arab adalah syiar Islam yg terulung..bahasa ibunda ini mampu menyatukan umat Islam

)> Janganlah bertengkar dlm apa jua pekara sekalipun kerana apabila kita bertengkar ia tidak membawa manfaat dan kebaikan kpd kita..malah, dalam waktu tertentu mungkin kita melukai perasaan seseorang walaupun pendapat itu salah

">  Kurangkan ketawa dlm kehidupan kita kerana hati kita sentiasa berhubung dgn Allah..hati akan mati andai kita ketawa berlebihan dan membuatkan kita hilang perhatian terhadap saudara seIslam di luar sana

)> Melakukan suatu amalan dgn bersungguh-sungguh (itiqan)..bila kita tidur, tidur dlm keadaan yg nyenyak tanpa gangguan..bila kita bekerja, semangat untuk berjihad perlu ada dlm diri

"> Jangan bercakap dgn lebih nyaring drpd kadar yg dkehendaki pendengar, takut ia menyakitkn hati org lain..marah2 dlm berkata-kata, tidak melambangkan identiti seorang pendakwah

)> Jauhilah amalan mengumpat peribadi org lain dan mengecam pertubuhan..andai ia tidak memberi sebarang kebajikan..sesiapa yg beiman kpd Allah, katakanlah perkara2 yg baik atau seharusnya dia berdiam diri, itu yg terbaik

"> Berkenalanlah dgn setiap muslim yg kita temui sepanjang perjalanan dakwah ini..asas berdakwah adalah berkenalan seterusnya berkasih sayang antara muslim ~ rukun taaruf 

)> Hargailah masa yg ada sebaik-baik mungkin, kerana kewajipan kita lebih banyak drpd masa yg diperuntukkn untuk kita di dunia ini..sentiasa mendoakn kesejahteraan saudara kita dan fokus dlm hal ehwal Islam, jgn terlalu sibuk dgn urusan duniawi