06 August 2011

pelayaran yang tiada penghujungnya

assalamualaikum..

congrate ummi..i'm proud of u!!

perjalanan ini masih terlalu jauh
jika dinilai dgn mata hati
namun sedarkah kita bahawa 
dunia ini sedang dimamah usia
tapi kita masih ditampuk yang lama
mengukir kisah suka dan ria

usah dibiarkan angan2 itu
menerjah jauh tanpa haluan
matlamat hidup perlu jelas
agar lancar dalam mengorak langkah
seperti kapal dan nahkoda

bermula dengan satu langkah
tidak tahu ke mana arah tapi dengan matlamat yang satu
mencari ilmu setinggi gunung
seolah mengemudi sebuah pelayaran
belayar ke suatu destinasi yang kita tidak pasti

ku teruskan jua belayar
dengan tekad ku bisa mengapai impian yang diidam
andai dibiarkan ia belayar sendirian
mungkin hanyut dibawa arus kelalaian

belayar dari satu kepulauan ke kepulauan yang berbeza
meneroka minat yang seiring dengan cita2
bukan mudah untuk mengharungi samudera
segunung harapan dan pengorbanan harus kita taburkan
bagi memperoleh sebuah kejayaan yang gemilang
andai kita terhenti di pertengahan
pasti menemui kegagalan

jangan berhenti..
selagi nyawa dikandung badan
ingatlah teman,
janji Allah bahawa darjat orang2 yang berilmu
adalah yang paling tinggi dan mulia di sisiNYa.............


"ilmu itu seperti air.ia akan terus mengalir ketempat yang lebih rendah.Ilmu pula akan mengalir kepada orang yang rendah hati."~Pahrol Mohamad Juoi

wassalam :)

4 comments:

Ciputchiapp said...

ummi awk convo ke hanan...?

dewdrop said...

so this is your mother :)

hanan~ said...

*emy::aah, last week...tula, xsabo nk grad gak..hehe

hanan~ said...

*embun::yup, comey kn..like her daughter rite??hehe